Monday, December 21, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang mengalami pengalaman bersalin yang berbeza begitu juga dengan saya. Tarikh jangkaan bersalin yang sepatutnya adalah pada 14 dec 2015. Saya pula diminta bersalin awal pada minggu ke 37 kerana masalah GDM (Gestational diabetes mellitus-Kencing manis semasa mengandung) dan protenuria (protein dalam kencing).

Hospital kerajaan menjadi pilihan saya berbanding hospital swasta untuk jimat duit. Hospital kerajaan sekarang sudah lengkap dengan pelbagai peralatan terutamanya jika berlaku kecemasan, ada bank darah, wad pun cantik dan sangat murah. Bil saya di hospital kerajaan hanya RM50. Jika di swasta, mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Sangat tak berbaloi. $_$
Pada 23 nov 2015, saya di “induced” iaitu masuk ubat (jenis pil) di pintu rahim bagi memaksa kelahiran bayi. Ubat dimasukkan pada jam 7.30 am. Pada 7.40 am, saya mula merasakan pergerakan bayi yang aktif berbanding biasa. Selepas masuk ubat, saya perlu berbaring selama 2 jam. Selepas dua jam, nurse memeriksa jantung baby dan contraction. Semasa tu, berlaku 3 contraction dalam masa 10 min. Bagi saya, rasa contraction tersebut seperti sakit senggugut, sembelit, sakit pinggang dan perut yang meregang dalam masa yang serentak.  Bila periksa bukaan pintu rahim, baru 1cm. Allahu akbar.. Rasa macam lamanya nak 10cm.. T_T Doktor mencadangkan saya mengambil pain killer. Saya tertidur selama 4 jam kesan daripada pain killer tersebut. 

Pada pukul 4 pm, saya merasakan contraction sekerap 2 ke 3 contraction dalam seminit. Semasa nurse check bukaan rahim sudah 4 cm. Sementara menunggu doktor datang, bukaan rahim sudah 5 cm dan saya terus ditolak ke labour room pada pukul 5.20 pm. Sakit bersalin adalah sakit yang paling menyakitkan. Bila doktor pecahkan air ketuban, rasa lega sedikit. Meneran pula adalah rasa sakit seperti nak buang air besar sembelit. Hihihi... Saya meneran lebih kurang 3 kali dan Alhamdulillah, baby keluar dengan selamat pada pukul 5.51 pm. Berat baby 2.47 kg. Sangat kecil dan kurus. Irdina Safiya nama diberi oleh daddy yang bermaksud, ‘Irdina = kehormatan kami dan keberkatan’ dan ‘Safiya = yang bersih dan jujur’. Suami pun tak sempat masuk labour room, sebab saya terus bersalin. Nurse pun dah kelam kabut dan tak sempat panggil suami. Suami datang semasa luka saya dijahit. Suami pun sempat azan dan iqamat di telinga Irdina Safiya.

Syukur alhamdulillah atas nikmat-Mu Ya Allah..



~~SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~

No comments:

Post a Comment