Wednesday, September 18, 2013

Allah Penawar Hati..

Arrrgghhh… tension!! Semua jadi serba tak kena.. Entah kenapa seminggu ini semuanya jadi tidak keruan. Mahu rasanya dilemparkan semua barang-barang… Mahu rasanya mendaki gunung dan menjerit sekuat hati.. Itu kata hati yang memberontak. Tapi lain pula kata hati yang pasrah, putus asa, dan menyerah kalah. Rasa ingin menghabiskan hembusan nafas yang terakhir. Rasa ingin terbang di langit seperti burung. Ingin pula menyelam ke dasar lautan seperti ikan. Loss…

Dimanakah dia penawar hati? Allahu rabbi… Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rahmat Allah, ingin sekali berkongsi satu rahsia Allah ini.. Masalah itu kecil, tetapi bila terlalu banyak yang kecil, akan jadi masalah besar. Masalah besar, akan terus membesar bagaikan sel kanser yang membahagi dengan bahagianya. Jika sel kanser menjadi semakin kronik berpunca daripada mutasi pada nukleus, sekiranya tidak dikawal, maka ianya semakin membahagi dan membahagi lagi. Seperti manusia juga. Puncanya adalah satu masalah, datang masalah lagi, datang lagi, datang lagi, kemudian syaitan pula mencuit sedikit, maka kita rasa bagai nak meletup… Rasanya seolah-olah lava itu sudah memenuhi ruang gunung dan tunggu untuk dimuntahkan oleh gunung tersebut. Bila meletus, maka teruk jadinya. Sama jugalah dengan stress. Jika sudah meletup, maka itu sekali-kali tidak memberi kesan yang baik, malah menjadikan kita seorang yang semakin panas baran, tidak tenang dan hilang arah.

Pernah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku. Apabila saya sendiri teruji dengan hal ini, saya menjadi hampir putus asa. Sangat hampir. Bila sendirian, saya menangis dalam solat.. “Ya Allah…. Apakah ini adalah ujian buat diriku yang lemah ini ya Allah.. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Kuat, maka berikanlah aku sedikit kekuatan agar aku boleh menghadapi ujian-Mu ini dengan jayanya ya Allah..” Menangis dan menangis lagi.  Mengadu dan mengadu lagi… Allah, Allah, Allah… Zikir yang penuh dengan pengharapan.. Dalam hati merayu kepada Allah… Allah, Allah, Allah…

Kemudian, segala masalah terus hilang. Hilang tak bermaksud selesai. Hilang maksudnya, hilang kekusutan, masalah tersebut kita sudah boleh asingkan, mana yang urgent, mana yang biasa, mana yang boleh ditangguh sebentar. Cuba selesaikan yang urgent. Minta bantuan orang lain. Allah buka hati ini agar kita dapat mencari jalan penyelesaian dengan lebih relevan dan bukannya dengan kekusutan.

Pernah berlaku suatu ketika, sedang menghadapi tekanan yang hebat. Saya terus menaip di ruang chat facebook suami. Walaupun dia tidak online, namun saya teruskan menaip dan menaip. Akhirnya suami online. Sedangkan itu sesuatu yang mustahil kerana waktu itu adalah waktu tidur suami. Rupanya suami tidak dapat tidur. Hatinya tiba-tiba resah. Bila online, rupanya isterinya punca keresahan itu. Suami dan isteri yang jauh. Hanya Allah penghubung cinta melalui hati. Walaupun dalam tidur, Allah gerakkan hati suami kerana isterinya dalam kekalutan. Hebatnya Allah. Allah lah penawar hati. Segala masalah itu boleh mengadu pada Allah. Jika tak selesai, maka itu maknanya memang sudah ditakdirkan Allah buat kita. Tetapi perlulah berusaha.


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    saya berminat nak mengenali diri ukhti,
    membaca coretan blog ukhti memberi kekuatan kerana saya juga merupakan isteri seorang pelaut.
    Allah sentiasa bersama Kita,jika sudi add ana sebagai rakan Facebook.disini saya sertakan link https://www.facebook.com/humairasufi
    salam perkenalan dan ukhwah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam ya ukhti.. Alhamdulillah dapat menjalinkan hubungan sesama muslim.. in shaa Allah.. ana akan add ukhti... ^__^

      Delete