Bismillahirrahmanirrahim…
Ditinggalkan selama enam bulan kerana suami mencari nafkah
di laut…. Begitu perit rasanya… Namun, sampai bila harus melayani keperitan
itu? Lalu saya terfikir, bukankah Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya
sesuai dengan kesanggupannya? Sekarang ini Allah mengujiku dengan berjauhan
daripada suami. Maka, saya harus gagahi juga… Bukan saya sahaja merupakan
isteri seorang pelaut. Ramai lagi di luar sana. Sampaikan saya terfikir,
bagaimana mereka mencari ‘kekuatan’ tersebut. Baru 4 bulan perkahwinan, sudah
terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Sangat sedih…. Sangat kesepian… Namun
ada beberapa perkara yang saya lakukan agar dapat merawat keperitan ini.
Allahu Rabbi…. Allah sahaja yang boleh memberikan ketenangan
itu… Maka saya mengadukan rindu ini kepada Allah… Doakan yang terbaik buat suami. Jika terlalu rindu, saya
sedekahkan yassin buat suami… Semoga suami juga diberikan kekuatan oleh Allah..
Setiap hari saya baca Al-Quran yang dihadiahkan suami agar dia juga turut
mendapat ganjarannya… Kerana sayangnya saya kepada suami kerana Allah…
Terkadang kuat rasa rindu terhadapnya. Hal ini sangat-sangat
dirasakan bila saya bersendirian, dan juga pada hari-hari tertentu wanita
(hanya wanita faham hari-hari sensitive mereka. Buat lelaki boleh belajar daripada
isteri tentang hari-hari tertentu itu kerana setiap wanita lain harinya). Kita perlu
mengetahui punca kita sensitive, jadi kita boleh mencari solusinya.. Dan
cubalah sibukkan diri dengan aktiviti luar.
Bila rindukan suami, maka terhasillah madah-madah dan
bait-bait kata yang menggambarkan kesepian dan semangat buat diri sendiri. Saya
senaraikan planning yang akan dilaksanakan apabila suami balik nanti. Nampak
lebih teratur. Maka lahirnya perkara-perkara yang unik dan kreatif untuk
menyampaikan rasa cinta kepada suami…
Benar kata orang… Apabila berjauhan dengan suami, rasa rindu
itu akan meneguhkan lagi rasa cinta kerana kita boleh menilai layanan kita terhadap
suami sebelum ini. Jika ada yang kurang, kita boleh perbaiki. In shaa Allah.
Satu pesanan saya buat suami dan isteri, belajarlah dan
amalkanlah memohon ampun sesama sendiri setiap hari sama ada sesudah solat
ataupun sebelum tidur. Bincanglah apa masalah kita terhadap pasangan kita. Cari
waktu yang sesuai. Kita seharusnya berterus terang dan tidak menyimpan perasaan
yang tidak enak itu. Hal ini kerana, lelaki kadang kala tidak perasan dengan
perasaan sentitif wanita. Maka kita perlu saling peka kerana sudut pandang
seorang lelaki dan wanita itu sangat berbeza. Sebab itulah Allah ciptakan
wanita dan lelaki itu berpasangan dan saling melengkapi…
Sangat-sangat rindukan saat menjadi makmum solat berimamkan
suami, merindui saat mengaji Al-Quran
bersama, merindui saat bersalaman memohon ampun kepada suami, merindui saat
bergurau senda dengan suami… Wahai suamiku, semoga dirimu sentiasa dilindungi
Allah… Wallahu a’lam
~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W~~
salam sis saya pun berjauhan dengan my husband ..dah dekat setahun.. tapi saya jmpe sebulan sekali.. saya paham perasaan ni sedih sangat lebih2 lagi cabaran membesarkan anak seorang diri...
ReplyDeleteWaalaikum salam. Lega bila ada kawan yang satu 'bahtera' a.k.a 'senasib' ni... heee.. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua terutamanya pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan demi mencari rezeki.. aamiiin.. ^_^
Deletesalam...sy juge isteri seorg pelaut...bkn mudah hidup berjauhan...Tuhan je yg taw sukarnye menjalani hari2 tanpa suami di sisi...tp suami selalu pesan, sabar....dy pergi cari rezeki...jlnkan tanggungjwb...
ReplyDeleteWaalaikum salam... Alhamdulillah,,, terima kasih titot.. ^_~
DeleteYang sabar mbk...suami saya juga kerja di pelayaran setiap 6bln sekali plg dan libur cuma 2 bln brkt lgi...ud 7th saya di tinggal2..kdg klo rindu melanda rasanya sakit..tapi kdg mikir 6 bln cuma sebentar..suami mencari nafkah sampai ke negri org ya buat kita...buat klrga..tpi alhamdulillah saya di karuniai anak yg lucu..yg selalu menghibur aku...yang sabr aja mbak..kita doakan suami kita aja....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih Yanti Sagita... ^_~
DeleteAssamualaikum sis, menangis saya membaca coretan sis...saya sangat memahami situasi sis, apabila suami berjauhan berbulan2 dan rakan di sekeliling yang sentiasa di temani suami membuatkan hati ini cemburu...saat paling mengoncang jiwa apabila ibu sakit dan saya di tahun akhir pengajian, hendak mengadu sepenuhnya kepada suami saya tidak sampai hati kerana tidak mahu dia tertekan tetapi hakikatnya saya amatlah tertekan....benar kepada Allah kita mengadu dan insyallah ketenangan menunggu...kini saya dalam proses penyesuaian diri, cuba menghabiskan pengajian dengan segera supaya dapat menjaga ibu....saya harus kuat supaya ibu lebih kuat dan suami juga lebih kuat dalam mengharungi ujian Allah ini...Alhamdulilah saya terpilih untuk mengharungi ujian ini...
ReplyDeleteWaalaikum salam Yami Zha. Alhamdulillah, dengan coretan ini juga saya menyedari bahawa, ramai juga yang merasai apa yang saya lalui. Komen kalian secara tidak langsung menyuntik semangat saya. Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan supportive comment.. ^_^ Semoga kita semua mencapai kebahagian yang kekal di syurga Allah... Kebahagian di dunia hanya sementara.. Wallahu a'lam
DeleteSalam sis,
ReplyDeleteHmm sy pin brp dlm situasi yg sama..dh 2thn bjauhan dgn suami kerana suami seorang guru di pedalaman 3.sy dan ank xdpt ikut kerana tiada rumah utk disewa.suami tinggal bersama rakan2 guru lain disana.
Mmg sukar hidup bjauhan.tmbahn bila ank masih kecil.waktu mngadung dr awl kebanyakkannya perlu bdikari.ke klinik sendiri.ke hosp sendiri..skrg kalau ank dmm panas mlm2 kena ke hosp sendiri.hrp suami cpt dpt pindah...sedih bila baca status org dilaman sosial yg br bbrp hr suami keluar outstation sudah rindu..bila kita ckp kita lg lama tahan rindu kata mereka xsama rindu kita sbb kita dh biasa..cuba lalui dlu apa yg kita rsa.jgn mudah bcakap..
Saya juga tengah berjauhan dgn suami skrg ini. Sbb suami bertugas sbg pegawai maritim. D kala saya tgah mengandung 5 bulan . Peritnya Allah sj yg tahu. Terima kasih atas tips. Sebak btl baca
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini. Sy juga mencari kekuatan utk menghadapi kesunyian bila suami berjauhan. Rasa macam tidak kuat, tetapi bila kita mengadu pada Allah, Allah jualah yg memberi kekuatan dan kesabaran. Entah dr mana kekuatan, itulah kekuasaan Allah s.w.t
ReplyDelete