Wahai manusia, janganlah kamu tahu memberikan satu hukum sedangkan kalian tidak tahu hujahnya hukum tersebut. Berhujahlah menggunakan ilmu. Bukan sekadar menggunakan akalmu. Mengapa wanita berpurdah?? Ketahuilah dan di sinilah huraian yang dapat saya kongsikan kepada kalian. “Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan (bukti) yang sampai kepada mereka, yang ada dalam dada mereka hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang tidak akan mereka capai, maka mintalah perlindungan kepada Allah.”Al-Ghafir : 56
Haruslah kita ketahui, bahawa kita wajib mengikut contoh yang baik sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita sepertimana dalam surah At Taubah : 100, “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
Sekiranya kalian mengkaji dalil dan hadis ini, kebanyakannya perintah hijab diturunkan buat isteri-isteri Nabi. Mangapa kita harus melepaskan tangan dan mengatakan bahawa perintah tersebut bukanlah untuk kita kerana dalam surah An Nisa’ : 115 Allah telah merakamkan bahawa, “ Dan barangsiapa menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.”
Di Negara Arab, mereka juga berpurdah kerana nafsu orang lelaki di sana tinggi. Di Malaysia ini, ramai yang tidak berpurdah. Bukanlah satu desakan buat kita agar berpurdah. Tetapi itu adalah lebih baik. Jika kita sudah baik, tak salah jika kita ingin menjadi lebih baik. Betul tak? Buat mereka yang ingin berpurdah, diharapkan hujah ini dapat membantu anda berdebat dengan mereka yang mahukan jawapan daripada anda.
Di Negara Arab, mereka juga berpurdah kerana nafsu orang lelaki di sana tinggi. Di Malaysia ini, ramai yang tidak berpurdah. Bukanlah satu desakan buat kita agar berpurdah. Tetapi itu adalah lebih baik. Jika kita sudah baik, tak salah jika kita ingin menjadi lebih baik. Betul tak? Buat mereka yang ingin berpurdah, diharapkan hujah ini dapat membantu anda berdebat dengan mereka yang mahukan jawapan daripada anda.
DALIL-DALIL WANITA WAJIB BERHIJAB
A. AL QURAN
1. AN NUR : 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”
Pengajaran ayat:
· Wanita memelihara faraj (kemaluan)
-Memandang ke arah kecantikan wajah wanita adalah wasilah ke arah melakukan zina.
· Wanita hendaklah menghulurkan kerudungnya ke dada
-Sedangkan leher dan dada diwajibkan tutup, inikan pula wajah iaitu bahagian yang paling cantik dan menarik. Jika ditambah sedikit make up, pasti boleh menaikkan syahwat lelaki.
· Kecuali yang biasa terlihat
-Seperti bahagian luar baju dan kain yang tidak mungkin dapat disembunyikan.
· Larangan menampakkan perhiasan
-Perhiasan luaran ialah perhiasan yang dapat dilihat orang.
-Perhiasan dalaman yang hanya berhak dilihat suami dan kerabatnya.
· Larangan memukulkan kaki
-Dikhuatiri akan memfitnah lelaki dengan sebab bunyi gemerincing gelang itu.
· Haram menampakkan perhiasan kecuali
-Kepada lelaki yang tidak mempunyai keinginan seks dan kanak-kanak yang tidak tahu aurat wanita.
2. AN NUR : 60
“Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin menikah (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan: tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
*Pakaian luar yang kalau dibuka tak menampakkan aurat.Aurat adalah muka dan tapak tangan.
Pengajaran ayat.
· Perempuan tua yang tidak berkeinginan untuk berkahwin boleh membuka pakaian luar tetapi tidak membuka aurat (muka dan tapak tangan). Pakaian luar bermaksud purdah yang ,menutup muka dan tapak tangan mereka.
· Perempuan muda pula mempamerkan wajah mereka untuk mendapatkan sanjungan dan pujian dunia.
3. AL AHZAB : 53
“… Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan)kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka…..”
Pengajaran ayat.
· Untuk mendapatkan keperluan dari isteri nabi perlulah di sebalik tabir.Tidak terkelihatan muka mereka.
4. AL AHZAB : 55
“Tidak ada dosa atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak laki-laki mereka, saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara perempuan mereka (yang beriman) dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertaqwalah kamu (isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sungguh Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.”
Pengajaran ayat.
· Sebagai wanita, contoh ikutan yang patut kita teladani adalah isteri para Nabi. Maka, sekiranya ayat ini diturunkan untuk isteri para Nabi, maka itu adalah yang terbaik dari Allah buat wanita.
· Batasan jilbab boleh dibuka di depan saudara lelaki, saudara perempuan serta anak mereka, perempuan-perempuan dan hamba-hamba.
5. AL AHZAB : 59
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Pengajaran ayat.
· Ayat ini ditujukan bagi isteri-isteri Nabi, anak-anak perempuan Nabi dan isteri-isteri orang yang beriman. Sekiranya kita ingin menjadi dan merasakan bahawa kita adalah orang yang beriman dan isteri kepada orang yang beriman, makanya kita juga wajib melaksanakan perintah Allah melalui ayat ini.
· Jilbab adalah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dada.
-Ibnu Tarmiyah menafsirkan bahawa jilbab adalah kain purdah (kerudung) yang menutup kepala dan muka.
-Ibnu Ma’sud pula menafsirkan bahawa jilbab adalah rida iaitu kain panjang yang menutup kepala, muka dan seluruh tubuh wanita termasuk tapak tangan.
B. HADIS
1. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita, maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu, sekiranya si pelamar belum pernah melihat wajahnya sama sekali.”HR Ahmad
· Dikira BERDOSA sekiranya hanya melihat tanpa niat untuk melamarnya wanita itu dan sekadar menikmati keindahan wajah wanita itu sahaja.
2. “Ketika Rasulullah SAW memerintahkan kaum wanita untuk keluar melaksanakan solat Hari Raya, salah seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW seraya berkata: ‘Wahai Rasulullah, salah seorang antara kami tidak memiliki jilbab.’Maka jawab Rasulullah ‘Hendaklah dia meminjam jilbab dari saudaranya.’” HR Muslim dan Bukhari
· Rasulullah tidak mengizinkannya solat jika tidak memakai jilbab meskipun pergi bersolat Hari Raya, jadi tidak mungkin dibolehkan bagi wanita untuk keluar tanpa berjilbab pergi ke pasar dan bercampuran dengan kaum lelaki yang bukan mahram.
3. Dari Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata, “Adalah Rasulullah SAW sedang solat Fajar di masjid, maka datanglah beberapa orang wanita dengan berselimutkan pakaian melaksanakan solat di belakang Rasulullah SAW kemudian mereka kembali ke rumah masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang mengenali mereka kerana keadaan masih gelap.” Berkata Ummul mukminin: “Seandainya Rasulullah SAW melihat para wanita itu seperti apa yang kami lihat, sudah tentu Rasulullah akan melarang mereka pergi ke masjid seperti mana Bani Israel melarang para wanitanya.” HR Bukhari dan Muslim
· Isteri para sahabat amat mementingkan hijab dan tabir.
· Wanita lebih baik melaksanakan solat fardhu di rumah daripada di masjid.
4. Rasulullah SAW bersabda : “Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong. Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya?”Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkan satu jengkal ke bawah.”Ummu Salamah berkata lagi : “Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka.”Berkata Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi.” HR Bukhari, Muslim dan selainnya
· Hadis ini merupakan dalil wajib menutup kaki.
· Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit dapat menimbulkan fitnah (telapak kaki), sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak menimbulkan fitnah (muka dan tapak tangan).
· Peringatan atas satu masalah yang lebih ringan, merupakan peringatan atas masalah yang lebih berat dan besar. Jika ada orang dilarang untuk berbicara, tentu dia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak.
5. Rasulullah SAW bersabda : “Apabila ada di antara kamu (kaum wanita) yang memilih hamba makatab dan hamba itu sedang melaksanakan tugasnya, maka hendaklah dia (kaum wanita) berhijab daripadanya.” HR Lima ahli hadis dan disahkan oleh At-Tirmizi
*Mukatab bererti hamba lelaki yang akan dimerdekakan oleh tuannya apabila dia sanggup membayar sejumlah wang.
· Hadis ini menyatakan bahawa seorang tuan wanita boleh membuka wajahnya selama hamba tersebut masih menjadi miliknya, tetapi hamba itu akan terbebas dalam masa yang tidak lama (mukatab), maka si tuan wanita itu harus menutup wajahnya daripada hamba lelakinya kerana hamba tersebut sudah bukan mahramnya lagi.
· Kesimpulan hadis ialah, wajib bagi seorang wanita menutup wajahnya daripada pandangan lelaki asing.
6. Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata : “Ada serombongan penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW. Maka apabila rombongan itu datang kepada kami, kami menutup muka dengan jilbab kami dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami, maka kami buka kembali penutup wajah kami itu.”
HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah
· Situasi ini berlaku semasa dalam ihram haji. Pada waktu berihram, wanita tidak dibenarkan menutup kedua-dua belah telapak tangan dan wajahnya dengan sarung tangan dan hijab atau cadar.Tetapi apabila mereka berselisih dengan lelaki asing, mereka langsung menutupkan wajah mereka dengan jilbab.
AKIBAT TIDAK BERHIJAB
Ø Berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana sering berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab.
Ø Timbulnya fitnah apabila wanita mempercantikkan diri dengan hiasan dan alat solek sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dinikmati orang lain.
Ø Timbul juga fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita tersebut.
DALIL YANG MEMBOLEHKAN MEMBUKA MUKA DAN BIDASANNYA
1. “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya” An Nur : 31
-Ibnu Abbas mentafsirkan ayat tersebut : “Yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa nampak ialah wajah, kedua-dua telapak tangan dan cincin.”
Bidasan
· Dibolehkan membuka hijab terjadi sebelum turunnya ayat hijab seperti yang telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
· Bahawa pentafsiran Ibnu Abbas r.a tentang perhiasan adalah perhiasan yang tidak boleh nampak, seperti yangtelah dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam Tafsirul Azimnya pada ayat Surah Al Ahzab : 59.
· Perbezaan pendapat:
-Ibnu Mas’ud r.a mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan yang boleh nampak iaitu selendang dan pakaian luar.
~Apabila terjadi perbezaan pendapat antara pentafsiran dua sahabat, maka harus diambil pendapat yang lebih kuat menurut perbandingan dalilnya.
2. Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawasanya Asma’ Binti Abu Bakar r.a masuk ke rumah Rasulullah sedangkan dia (Asma’) memakai pakaian nipis ; serta merta Rasulullah memalingkan muka daripadanya seraya berkata : “Wahai Asma’, sesungguhnya wanita apabila sudah baligh tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini dan itu, (sambil mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua telapak tangannya.)”
Bidasan
· Terjadinya Intiqa’ (terputus sanad) antara Aisyah r.a dan Khalid Bin Duraik dimana diterangkan Abu Daud seperti katanya : “Khalid Bin Duraik tidak mendengar hadis itu langsung dari Aisyah r.a seperti juga diakui oleh Abu Hatim Al-Razi.
· Di dalam sanad (silsilah perawi) hadis tersebut adalah Said Bin Basir An-Nasri pendatang dari Damsyik yang digolongkan daif oleh Ibnu Mahdi, Imam ibnu Hanbal, Ibnu Mu’in, Ibnu Madini dan Nasai.
-Asma’ ketika itu berumur dua puluh tujuh tahun, bukan lagi anak kecil seperti yang diduga.Maka tidak mungkin dia masuk kedalam rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis dan menampakkan bentuk tubuhnya. Walhal, kaum muslimah pada ketika itu sangat teliti dalam masalah berpakaian seperti purdah (kerudung) dan cadar.
-Jika terjadi juga, mungkin hal di atas terjadi sebelum turunnya ayat hijab.
3. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a menyebutkan bahawa saudara lelakinya, Al-Fadl, sedang mengiringi Rasulullah SAW pada waktu haji wida’, ketika datang seorang perempuan menghampiri Rasulullah SAW untuk satu keperluan, maka Al-Fadl sempat memandang wajah wanita itu dan wanita itu pun sempat melihat Al-Fadl. Mengetahui hal itu, serta merta Rasulullah SAW memalingkan wajah Al-Fadl ke arah lain agar tidak melihat wajah wanita itu lagi. HR Bukhari dan Muslim
Bidasan
· Imam Nawawi dalam Syarah Muslimnya mengatakan : “Di antara faedah hadis ini adalah haramnya memandang wajah wanita yang bukan mahram.”
-Imam Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Barinya : “Bahawa di antara faedah hadis ini adalah dilarangnya memandang wanita asing dan keharusan memejamkan mata serta mengalihkan pandangan.”
-Qadi ‘Iyadh berkata : “ Ramai orang menduga bahawa memalingkan pandangan dari wanita asing tidak wajib ; tetapi menurut pendapatku hal itu adalah wajib kerana terbukti Rasulullah SAW memalingkan wajah Al-Fadl ke arah lain.”
· Rasulullah SAW tidak memerintahkan wanita itu menutupi wajah kerana waktu itu, si wanita sedang melaksanakan ihram haji.
· Imam Muslim dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada sahabat Jarir bin Abdullah Al-Bajili r.a katanya : “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang melihat wanita secara tiba-tiba dan tidak disengajakan”, maka sabdanya : “Palingkan pandanganmu atau pejamkan matamu.”
4. Imam Bukhari dan Imam hadis lainnya meriwayatkan daripada Jabir Bin Abdullah r.a tentang solat Hari Raya Aid. Rasulullah SAW bersama kaum muslimin ; sesudah solat baginda memberikan syarahan dan nasihat kepada mereka serta mengingatkan mereka kepada akhirat, setelah itu beliau melalui kaum wanita seraya berkata : “Wahai kaum Muslimah, banyak-banyaklah kamu mengeluarkan sedekah kerana sesungguhnya kamu yang paling banyak mengisi neraka Jahanam. Tiba-tiba berdirilah salah seorang daripada mereka dengan terlihat pucat di wajahnya…” HR Bukhari dan selainnya
Bidasan
· Kemungkinan wanita itu sudah tua dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dikahwini. Maka baginya boleh membuka wajah sekiranya aman daripada fitnah, tetapi tidak bererti orang asing bebas memandangnya.
· Adakalanya hal itu terjadi sebelum turunnya ayat hijab yang ada dalam Surah An-Nur dan Al-Ahzab yang turun pada tahun kelima atau keenam Hijrah. Sedangkan solat Hari Raya Rasulullah SAW bersama kaum Muslimin yang disebutkan dalam hadis tadi dilaksanakan pada tahun kedua Hijrah.
SYARAT-SYARAT HIJAB MENURUT SYARAK
1. Hendaklah menutupi seluruh badan.
2. Tidak menggunakan kain yang nipis.
3. Tidak memakai perhiasan pada dirinya dan tidak menggunakan pakaian yang menjolok mata.
4. Tidak ketat, tidak menampakkan bentuk badan.
5. Tidak memakai wangian atau sesuatu bau yang boleh meransang nafsu lelaki.
o Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya wanita yang memakai wangian, kemudian lalu di suatu majlis, maka ia adalah orang begini dan begini (penzina, pelacur )” R.H Ashabus Sunan
6. Tidak menyerupai lelaki.
o “Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” RH Abu Daud dan Nasai.
>>KEWAJIPAN MEMAKAI HIJAB KE ATAS KAUM WANITA BUKANLAH BERTUJUAN MENYUSAHKAN MEREKA, TETAPI BERTUJUAN MEMULIAKAN MEREKA……..
>>SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW….
v RUJUKAN
WANITA WAJIB BERPURDAH (MUKA DAN TANGAN WANITA ADALAH AURAT DI HADAPAN LELAKI AJNABI)
>>DITULIS OLEH; ABDULLAH BIN JARULLAH BIN IBRAHIM AL-JARULLAH AS-SYEIKH MUHAMMAD BIN SALIH BIN USYAIMIN
No comments:
Post a Comment