Tuesday, July 31, 2012

BERPOLIGAMI??


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, sesudah habis baca Al-Furqan, tiba-tiba tergerak hati ini untuk menulis tentang poligami. Wah.. Poligami? “Tidak sesekali!!”  “ Langkah mayat aku dulu!!”.. Itulah respond para isteri mahupun yang belum menjadi isteri..

Bagi lelaki, mereka suka dengan keringanan Allah itu. Namun, saya amat pelik. Kenapa hal poligami, barulah lelaki bersemangat nak ikut perintah Allah, tetapi hal lain tak mahu pula.. Dari kaca mata saya yang terkadang ada khilafnya ini, orang islam acap kali mengasingkan antara  agama dan kehidupan harian. Contohnya, hal nikah, talak, rujuk, poligami dan kematian barulah mengikut Islam, tetapi dalam urusan berjual beli, menguruskan rumah tangga, adakah mengikut landasan yang digariskan syara’? Walhal sudah jelas dan nyata lagi bahawa, “Innaddina, I’ndAllahi, Al Islam”Al Imran:19 yang bermaksud  “Sesungguhnya, agama yang diredhai di sisi Allah ialah Islam”. Ad-Din bermaksud cara hidup yang berdasarkan agama. Agama Islam adalah agama yang terbaik yang boleh diamalkan sepanjang rutin harian kita, bukan sahaja sekadar agama yang kita perlu tunduk hanya di dalam sebuah bangunan yang bernama masjid.

POLIGAMI… yang lelaki tersenyum gembira, yang perempuan masam mencuka.  Buat lelaki, anda mahu berpoligami? Lihat kembali dalam surah An Nisa:3 Allah telah berfirman, "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." Cukup ringkas bukan? Tapi kenapa diringkaskan lagi? Allah menetapkan syarat, jika tak mampu berlaku adil, maka janganlah nak gatal-gatal berpoligami. Adil di sini dari segi nafkah zahir dan batin. Jangan asyik melebihkan isteri muda. Anak-anak juga tidak boleh diabaikan.

Jika kita lihat, zaman Rasulullah SAW dahulu, Rasulullah SAW mempunyai sebelas orang isteri. Tetapi baginda berkahwin bukan kerana nafsu. Baginda berkahwin dengan janda, bagi membantu dan memelihara anak janda tersebut serta memartabatkan kaum wanita. Sabda Rasulullah SAW, “Yang terbaik dikalangan kalian adalah yang paling baik dengan isterinya. Dan sesungguhnya, akulah yang paling baik dengan isteriku.” Saya cabar lelaki di luar sana. Jika benar kalian mahu berpoligami, berlaku baiklah terhadap isteri kalian. Selagi kalian tidak soleh, tidak bisa menjadikan isteri kalian solehah, tidak bisa membentuk keluarga sakinah, maka lupakanlah poligami..

Kita lihat pula, kisahnya Saidina Hassan (cucu Rasulullah SAW). Suatu ketika masa dahulu, baginda sendiri berkahwin, lalu menceraikan, berkahwin lagi, lalu menceraikan lagi. Kenapa?  Ini kerana permintaan orang ramai yang meminta Saidina Hassan melakukan sedemikian di atas kerelaan perempuan tersebut. Hal ini berlaku kerana, mereka takut keturunan Rasulullah SAW terlupus. Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada Ali, “ Wahai Ali, jangan berani kamu memadukan Fatimah, anak kesayanganku. Jika engkau mahu pergi kepada perempuan lain, maka kau lepaskanlah (ceraikanlah) dia.” Rasulullah SAW sendiri tahu keperitan hidup bermadu. Baginda sering berhadapan dengan isteri-isteri baginda yang kuat cemburu. Terlalu banyak kisah cemburu isteri-isteri Rasulullah SAW. Tetapi Rasulullah SAW sangat bijak dalam menguruskannya. Mungkin saya akan kongsikan dalam entry lain. InsyaAllah.

Buat muslimin, jika kamu mahu berpoligami, kamu harus berfikir sedalam-dalamnya. Dari segi kemampuan fizikal dan mental, dan persediaan menghadapi bakal isteri-isteri yang kuat cemburu. Wanita sememangnya lahir dengan sifat cemburu yang lebih daripada lelaki. Mampukah kalian menguruskan emosi si isteri? Mampukah kalian berlaku adil? Tepuk dada, Tanya iman. Sekali anda menyatakan hasrat untuk bermadu, sebenarnya anda telah menggores hati isteri anda. Adakah dia masih banyak kurangnya???? Masih ada cacat celanya??? Jika alasan perempuan lebih ramai dari lelaki, itu semua alasan yang dah lapuk. Di Malaysia, lelaki masih ramai lagi ya…

Buat muslimat, janganlah kalian menanamkan rasa benci kepada ‘poligami’ melebihi benci kalian kepada musuh-musuh islam. Sedarlah, poligami itu tidak diharamkan Allah. Jangan kita membenci sesuatu yang kita tidak suka. Takut diuji pula dengannya. Nauzubillah. Bagi pandangan saya, tak perlu buat surat kontrak terlafaznya talak satu, jika suami berkahwin lagi satu. Jika benar kalian tidak sanggup, jelaskanlah pada suami kalian dengan cara yang lembut atau seperti kata-kata yang telah saya taipkan di atas tadi. Saya faham, takutnya perasaan cemburu itu menjadi fitnah kepada diri sendiri di akhirat nanti.

Hukumnya ialah haram dan termasuk dosa apabila tidak menerima poligami kerana enggan tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt bahawa kaum lelaki dibolehkan untuk berpoligami.
Ini disebabkan oleh hadis yang menyebutkan : "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.

Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Dalam situasi zaman sekarang ini, seorang pakar motivasi dari Indonesia ada memberikan 2 alasan sekiranya suami mahu berpoligami:


Menurut Abdul Aziz Ahmad, seorang pakar motivasi terkenal di Indonesia, dalam bukunya Fiqh Cinta, alasan-alasan berikut masih boleh diterima masyarakat bagi seseorang lelaki yang mahu berpoligami.
1. Isteri pertama tidak mampu memberikan keturunan.
2. Isteri pertama tidak mampu melayani hajat seksual suami kerana sakit dan terdapat sebab-sebab lain.

Buat para suami, jika isterimu mengizinkan kamu berpoligami, itu maknanya isterimu terlampau menyayangimu. Jadi, bagaimana para suami mahu membalas rasa cinta isterimu itu? Maka, setialah pada yang satu,,, ^____^

Beberapa jawapan buat Suami yang ingin bermadu, tetapi kita tak nak izinkan:
  • 1.   Selagi abang tidak soleh, saya tidak solehah, belum terbentuk keluarga sakinah, abang tak boleh berpoligami...
  • 2.       Jika abang mahu poligami, boleh… Tapi ada syaratnya. Biar saya carikan bakal madu saya. Rasanya, mak cik jual nasi lemak tue, dah sepuluh tahun menjanda. Anak sepuluh orang tak berbela. Nanti saya tolong pinangkan… hehe..
  • 3.   Kalau lagi berani, minta suami bawa calon madu. Si isteri tidur sekali dengan calon madu. Cuba kejutkan si dia di tengah malam untuk tahajud. Jika tak bangun, segera laporkan pada suami. “Abang, saya lihat dia tak bangun tahajud pun..” Kuang kuang kuang… Ada berani ka?
  • 4.      Minta masa sebulan pada suami anda. Bangkitkan semua suasana semasa mula-mula kalian berkahwin dahulu. Senangkan hatinya… Beri perhatian kepadanya. Jangan terus masam mencuka. Ini membuatkan suami meluat dan rasa nak kahwin lagi satu petang tu juga.. eerrr…


Nauzubillahi min zalikh… Buat bakal suami saya, saya tidak melarang awak berpoligami dengan hadirnya beberapa pertimbangan. Tetapi jika tulus kasihnya awak terhadap saya, maka kasihilah dan setialah pada saya hingga hujung nyawa saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk meyediakan keperluanmu, menghiburkan hatimu.. Tiada wanita di muka bumi ini mahu bermadu melainkan wanita itu sakit dan tidak mampu memberikan zuriat untuk suami tercinta. Jika ditakdirkan saya ‘pergi’ dahulu, awak boleh berkahwin lain… Tetapi izinkanlah saya menjadi KETUA BIDADARI awak di Syurga Allah nanti… Saya mencintaimu kerana Allah.. Buat bakal ayah kepada zuriatku…

~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

2 comments:

  1. nice article..so ikhlas.memberi kwsedaran dn pengetahuan untuk semua

    ReplyDelete
  2. Salam.

    we have the same hold on this. Sungguh tiada wanita yang sanggup dimadukan.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete