Friday, February 17, 2012

Apa itu biomedik???

Bachelor of Biomedical sciences. Satu course yang sangah gah pada dasarnya. Apakah yang berada dalam course itu? Saya percaya ramai adik2 di luar sana sangat tertarik dengan course ini.. Diri ini tidak dapat berkongsi banyak. Cuma setakat yang mampu. InsyaAllah.. Khas buat adik2 lepasan matrikulasi, STPM dan diploma (yang tertentu)...


Disebabkan saya pelajar Universiti Putra Malaysia, maka saya hanya akan berfokuskan corak perlaksanaan jurusan ini mengikut pentadbiran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM... Alhamdulillah, saya sendiri masih menuntut dalam jurusan biomedik ini. Ramai sangat adik2 di luar sana yang bertanyakan tentang jurusan ini. Mungkin kerana mereka kekurangan sumber. Maka penulisan saya ini diharapkan dalam memberi suntikan semangat yang baru serta info yang berguna buat adik2 di luar sana.


Bangunan makmal FPSK UPM (dari atas)
Soalan-soalan yang selalu adik2 tanya:
1) Kak, pointer saya 3.4... Tapi saya nak amik biomedik.. Boleh tak?
>>Syarat kemasukan bagi biomedik adalah 3.50 bagi lepasan STPM dan matrikulasi. Pelajar diploma adalah bergantung pada budi bicara pihak UPM.


2) Biomedik nie, belajar tentang apa ya kak?
>> Biomedical sciences... Belajar tentang 'bio'= life dan 'medical'=perubatan... Belajar tentang anatomi badan, function, penyakit, dan macam2 lagi. Perlu tengok pengkhususan subjeknya.


3) Apa contoh subjeknya kak? senang tak?
>> Kalau minat dan ada usaha, pasti mudah buat kita.. Contoh subjeknya, cell biology, human genetic, cytogenetic, microbiology, haematology, physiology, anatomy, immunology dan macam2 lagi...


4) Boleh kerja apa jer kak? Kat hospital jer ke?
>> Kebanyakannya kerja kat hospital.. Kat lab... Banyak lab kat hospital tue.. Lab darah, lab mayat dll. Boleh kerja sebagai ajen insurans, jadi lecturer, researcher, scientist,, luas tue...






5)Contoh tugasan masa kerja tue kak? Kena buat ape?
>> Sekiranya doctor ambil sample penyakit, kita yang kena analysis dan keluarkan data. Itulah pentingnya lab...Contohnya cancer cell. Kita perlu analysis dan keluarkan data.
>> Boleh juga cari penemuan ubat yang baru. Contohnya, seorang lecturer di sini berjaya menggunakan halia hutan untuk merawat breast cancer. Ada juga seorang senior master yang dapat buat vaksin HIV daripada penicillin, tapi x dikomersialkan.


Selalunya, orang akan kaitkan biomedik dengan Medic, Farmasi, Forensik, dan Teknologi makmal perubatan. Apa yang boleh saya simpulkan di sini, biomedik merangkumi semua itu. Related to each other.. Don't be confused.. ^_^


Setakat ini sahaja.. Jika ada pertanyaan, boleh tinggalkan di peti komen. Sekian..


~~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~~


146 comments:

  1. sy byk bace kat internet psl biomedic ni... n byk mengatakan kurang peluang pekerjaan kat malaysia ni... n kbykn student biomedic smbg master... ape pndpt akak tntg ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih kepada adik Nik yang bertanya...InsyaAllah, akak cuba menjawab.
    Dimana ada kemahuan, maka disitu ada jalan. Setiap jurusan ada risikonya. Berbalik semula kepada niat kita. Kita ambil biomedik untuk apa? Jika kita belajar kerana Allah, insyaAllah, Allah akan bantu.
    Akak pernah lontarkan soalan ini kepada senior akak. Katanya, "Sekarang saya sedang bekerja. Tiada masalah pun..." ^__^
    Sejujurnya, Malaysia x menumpukan dalam bidang research. Jika di US, dan negara lain, mereka mengiktiraf Biomedik kerana mereka perlukan sesuatu yg baru melalui research. Mungkin adik juga bakal menjumpai satu penemuan yg boleh membuka mata Malaysia mengenai kepentingan Biomed.Di Malaysia banyak 'menggunakan' daripada 'menghasilkan'. Sebabnya, research ini mahal dan perlukan pemikiran yang luar biasa.. ^_^
    Jika mahu menjadi employee, kita perlu tahu kehendak employer..Ini penting x kiralah jurusan apa yang kita ambil.. Adik, terlalu ramai graduan di luar sana yang menanti pekerjaan. Jadi, kena pandai usha employer.. ^_~ Employer mahukan pekerja yang aktif, confidence level yang tinggi, dan pemikiran yang kreatif. Bukan sekadar 4.00 tapi lemau... ^_^
    Ada baiknya sambung master, kerana research yang menjurus kepada satu bidang lebih utama. Jadi kita dapat fokus dalam research tersebut. Contohnya, penghasilan organ daripada stem cell, cloning. Jika kita serius untuk buat research dalam bidang nie, jadi kita kenalah ambil master dalam bidang genetik. Maka, bertambahlah ilmu, dan boleh buat research... If you really serious in research field, so further your study is not a problem... ^_^ Allahu a'lam

    ReplyDelete
  3. apa beza biotech dengan biomedic..?

    ReplyDelete
  4. Sy tidak berani untuk komen lebih kerana saya tidak mengetahui secara mendalam mengenai biotek.. Cuma bagi pandangan saya, bioteknologi adalah satu bidang dalam menghasilkan sesuatu product yang baru daripada sumber organisma hidup untuk satu kegunaan yang lain.. Lebih kepada penggunaan teknologi.

    Biomedik pula adalah satu kajian atau penemuan yang digunakan dalam bidang perubatan. Sebab itulah biomedik perlu belajar struktur dan fungsi badan manusia secara mendalam bagi menghasilkan satu penawar yang baru bagi sesuatu penyakit. Allahu a'lam..

    ReplyDelete
  5. Bagi yang berminat dalam bidang biomedik ini, in shaa Allah saya akan update mengenai subjek yang ada dalam jurusan ini. Ini bagi tujuan memberikan satu gambaran kasar kepada adik-adik yang sedang runsing memilih jurusan. Sekarang ini, UPM telah mengubah beberapa corak pembelajaran dan telah mengubah beberapa subjek dalam mengikuti arus peredaran zaman yang semakin maju ini.. Allahu a'lam,,

    ReplyDelete
  6. salam, akak sye bdk asasi upm :) before masuk sini, sye terfikir nak amik medic, but since skrg ni tgh lambakan doktor di malaysia, sye rse nak tukar course. sye igt nak amik biomedical sc, nme pon ala2 medic kan? tp ok ke biomedic ni? em, stress x blaja dia ? senang ke dpt keje lepas graduate ? muet dia nak band brape ehh ? jwpn akak amat sye tunggu :)

    ReplyDelete
  7. waalaikum salam... in shaa Allah, memang susah, tapi klu minat, tiada masalah.. ^__^ Ramai ex-ASPER (asasi pertanian) upm ambil biomedic.. rakan satu course akak ada dlm 20 org ex-asper. muet band 3.. tapi klu band 2 pun da boleh masuk.. kena ambil kelas tambahan english utk 1 sem... (English for academic purposes). Ttg kerja, akak sarankan Camilla further degree utk specializekan course.. Biomedic ni lebih kepada research. klu further kat luar negara lagi bagus. ^_^ Requirement ex-asper utk ke biomedic rendah sikit berbanding matrikulasi sebab UPM akan utamakan pelajar asasinya.Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, if tamat degree in biomed ni, boleh kerja apa sbenarnya? katanya buat analisa dan keluarkan data? tapi ada a few article and blog yg saya baca mengatakan lepasan degree biomed bukan la buat analisa atau melaksanakan ujian2 makmal perubatan tetapi hanya menguruskan makmal tu je. Mereka memaklumkan bahawa tugas2 buat analisa dan test2 perubatan tu akan dibuat oleh Medical Lab Technologist je (yg hanya ambil diploma) atau pun ahli patologi sahaja. So, apa sebenarnya tugas lepasan degree biomed jika ada di lab hospital? adakah sama macam pekerja pejabat2? Satu lagi, apa bidang yg boleh kita sambung semasa Master dengan menggunakan ijazah biomed ni? U mana offer? Ada ke bidang master yg boleh membuat saya buat analisa2 mcm ahli patologi (tapi bukan menjadi ahli patologi)? Saya banyak baca pasal biomedic ni dan sedih bila tahu pekerjaan xseperti yg digambarkan dan dipelajari. Maaf panjang dan banyak soalan. Mohon pencerahan... Jazakallah khairan... :)

    ReplyDelete
  9. Waalaikum salam.. in shaa Allah,, akan dicuba dijawab mengikut pengetahuan saya kerana saya juga belum membuat latihan industri. Setakat yg saya tahu, lepasan degree biomedic boleh menjadi pegawai sains. Di hospital, biomedic hanya boleh menjadi Manager Lab. Yg menjalankan test adalah MLT. Tapi biomedic sebagai manager perlu tahu semua test yg dijalankan. Selalunya kena buat Quality Control utk machine di lab pada setiap hari dan banyak lagi. Besar tanggungjawab sebagai Manager Lab. Jika MLT atau staf lain tersalah diagnose, maka kita akan dipersoalkan. Mungkin Faez boleh cuba cari di internet peluang pekerja yg lain.. Sangat banyak. Boleh juga bekerja di syarikat insurans, research assistant, pegawai sc di pusat penyelidikan dan banyak lagi. Untuk pengetahuan Faez juga, biomedic x boleh sambung degree dalam bidang Cytogenetics, Patology dan haematology... Master dlm bidang ini hanya untuk pelajar lepasan doktor perubatan.

    Jangan tunggu U offer utk master. Kita yg perlu apply. Macam2 bidang contohnya Physiology, Pharmacology, Toxicology, Genetics,Anatomy dan banyak lagi. Cuma yg sy sebutkan tadi adalah yg majoritinya. Dalam master, kena buat research (penemuan baru), jadi memang kita perlu buat A-Z. Dari proporsal > experiment > Thesis. Jangan risau tentang pekerjaan. Rezeki itu Allah sudah tentukan. Ikhlas terlibat dalam biomedic untuk membuktikan keindahan islam.. In shaa Allah, Allah permudahkan..
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. jd manager lab lepas grad ke? x perlu t'libat gn test (start dr low level dlu) ?

      Delete
    2. Itu mengikut pertimbangan company yang terlibat. Selalunya, kalau company itu kecil, boleh terus diserap, tetapi kalau company besar, perlu ada pengalaman kerja. Level of qualification untuk bachelor/degree adalah pegawai... Tetapi bergantung kepada rezeki masing-masing juga... Wallahu a'lam.,

      Delete
  10. Waalaikum salam.... in shaa Allah... dengan izin Allah, pasti boleh dapat... da melepasi syarat2 kemasukan.. tahniah.. ^__^

    ReplyDelete
  11. hi akak,saya dapat biomedic dekat um baru-baru ni,so kalau saya belajar rajin2,so boleh tak nnti buat master dalam medic or specialist??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah... ^__^ Itu mengikut institusi juga.. Kalau x silap akak, jika kamu score dlm biomedic, kamu boleh sambung Medic di Universiti Perdana. Rasanya JPA boleh bagi biasiswa jika kamu apply. Akk x sure tentang ni. Mungkin kamu boleh cari maklumat lanjut di Universiti Perdana atau Universiti Indonesia (dimana boleh kurangkan tahun pengajian). Jika keputusan kamu melebihi syarat minimum Medic UM, seeloknya kamu terus tukar course kpd Medic. X rugi masa itupun jika kamu benar2 mahu menjadi Doctor.

      Delete
  12. akak saye bru sahaja dapat tawaran ke upm dlm biomedic . saye cuma nak tanye . saye nie kurang pandai . bolekah saye survive kat sane ? dalam kate lain susah tak ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tahniah.. ^__^ Kamu boleh bertanya pendapat kepada ramai orang, tapi kamulah yang menilai. Sekarang kamu sudah pun ditawarkan course ini, jadi kamu haruslah mula mencintai jurusan ini. Pada pendapat akak, jurusan ini sangat menarik,mempelajari secara detail mengenai medical application in human dan boleh membuatkan kita berfikir secara kreatif dalam menghasilkan satu penemuan yang baru.In shaa Allah, cik Yunie boleh buat. yakinlah ^_~

      Delete
  13. slm.Nk tanya,mana lebih baik ikuti bidang farmasi atau bio medik?Mana lebih luas peluang pekerjaan?Berapa anggaran pendapatan kedua=duanya?.t.k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidang farmasi adalah skop yang kecil. Biomedic pula masih lagi umum. Jika Wan Zakiah memang berminat dalam bidang ubat-ubatan, maka boleh terus kecilkan skop dan memilih farmasi.Kedua-dua jurusan adalah bagus bergantung kepada minat seseorang juga. Wallahu a'lam

      Delete
  14. Hi akak:)saya ditawarkan kos bioperubatan di UM baru baru ini.berdasarkan kenalan rapat sy,student biomed boleh tukar course ke MBBS sekiranya mdpt pointer 4.0 utk 1st year.betul kah,kak?apa pndgn akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rima Atria. Akak akan cuba menjawab berdasarkan pengalaman akak ya.. Semasa akak first year, ada seorang pelajar yang tukar course daripada Sains Kesihatan kepada Medic.Dia tukar semasa 1st sem lagi.Dia mendapat pointer 4.0 di matrik. Ini berlaku di UPM. Jika di UM, akak x pasti sistemnya. Mungkin perlu buat surat permohonan pertukaran course. Jika keputusan first year di UM 4.0 mungkin berpeluang juga untuk menukar ke jurusan Medic. Kamu perlu banyak bertanya dengan senior UM ya.

      Delete
    2. Terima kasih banyak banyak sebab sudi menjawab pertanyaan saya,akak:)selamat hari raya!

      Delete
  15. hi akak. ^^ boleh tak akak kongsikan subjek-subjek yang akak belajar dalam course ni? as in outline semua yg kena ambil dari sem. 1 sampai sem. last kalau ambil dekat upm. thanks in advance! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi yaya... Sekarang ni subjek da berubah sikit. Tapi akak boleh kongsikan subjek yang akak da ambil dalam jurusan biomedik ini.. Lebih kurang je.,
      >Cell Biology, Basic medical microbiology, Human Genetics, Anatomy 1 & 2,Cell Physiology & Neuromuscular, Animal management, Basic Biochem, cardiovascular & Respiratory Physiology, Pharmacology, immunology, Applied molecular biology, Haematology, Cytogenetics, Gastrointestinal & urinary physiology, Endocrine & reproductive physiology, Clinical biochemistry, Parasitology, Pathology, Biostatistics, Toxicology, Ethnopharmacology,Advanced Microbe, Bioinformatics, Radiation Biology, Molecular toxicology, applied cytogenetics.. Ini semuanya subjek akak pengambilan 2010/2011.. Sekarang da berubah sikit,... tapi tak jauh beza pun dari subjek akak sekarang ni. Ada yang wajib, dan ada yang elektif. Wallahu a'lam

      Delete
  16. salam. akak, saya baru je habis diploma in medical lab (DMLT). cadang nak continue BBM (biomed). but at the same time ada interest towards vet. emm is it possible kalau cont bbm then apply working at pathology under vet?hope akak dapat tolong bagi pendapat. huhu -mel-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Alhamdulillah,, tahniah, sudah ada dip MLT. ^_^ Bagi akak, kalau kamu nak sambung degree, better kamu ambil course yg kamu sudah tahu kecenderungan kamu. Kamu lepasan diploma, jadi kamu lebih nampak bidang apa yg kamu suka. Pilih yang kamu minat dan ada kerjaya ya. In shaa Allah. Kena banyak study ttg course dan peluang kerjaya. Good luck mell dollyxiouse ^_~

      Delete
  17. Assalamualaikum. Harap akak dpt reply msg sy ni. Haha. Still valid ke nak comment kat sini? Emm.. Just nak tnya few things about biomed coz im now first year of biomed in upm too.. Can i? Seems its my first time comment in sumones blog. I dun really familiar about this thgs of all.. Hee (: fb sy najaa alliswell. #byk bnde nak tnya ni #excited (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Najaa.. selamat berkenalan... ^__^ Sekarang akak di tahun ke empat biomed... Akak dah add fb Najaa..

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam. saya pelajar perubatan tapi ingat nak tukar course sebab saya tak mampu nak deal dgn patient. tgh consider utk buat biomed. nak tnya, biomed ni kita tak perlu nak interact dgn orang sgt kan? sbb sy ni xpandai nk sosial, dan ni bg kesan utk sy belajar medic.

    dan biomed ni basically benda yg sama belajar dalam medic je la kan? or maybe ada tambahan subjek lagi ke? sibuk tak belajar biomed ni?

    atau boleh bg cadangan course lain yg boleh sy tukar yg xperlu deal dgn patient sgt. TQ

    ReplyDelete
  20. Waalaikum salam Q. Akak rasa Q perlu membuat ujian kerjaya. Mungkin boleh dapat daripada kaunselor. Dari ujian kerjaya tersebut, kita haruslah jujur dalam menjawab soalan2 yg dikemukakan dan hasilnya adalah beberapa cadangan kerjaya yang bersesuaian dgn karakter kita. Akak pun x tahu mengenai kerjaya yang lain. Setakat yang akak lihat, semua kerjaya perlukan interaksi. Tiada yang terkecuali. Kadang2 kita perlu perbaiki konsep kendiri kita agar boleh mencapai impian kita. Jika Q perlukan bantuan mengenai ini, akak boleh emailkan beberapa rujukan buat Q. in shaa Allah. Cuba sikit2... ^_~

    Pelajar lepasan degree selalunya akan menjadi pegawai. Pegawai perlu monitor, bijak memberi arahan, dan pandai berinteraksi dengan anak buah dan pegawai atasan. X boleh lari dari 'bersosial' itu. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  21. salam,
    saye lemah sgt math , byak kira2 ke biomedik ni

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Waalaikum salam. Jgn risau dik. Xda subjek math pun... ^_~

      Delete
  23. tq kak!,saye dah berminat nk amik course ni,sy skg tgh tggu result spm,boleh trg kan x flow dia lepas ni?asasi or matrik or dip,any biasiswa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas SPM boleh ambil Asasi / Matrik / Diploma/ STPM.... sekarang ni da tinggi sikit pointer utk masuk biomed... x sure yg terbaru... nanti adik search ya... Biasiswa kena pandai cari... JPA boleh, MARA, PTPTN... mostly dpt JPA sebab requirement utk masuk biomed pun da melepasi syarat2 JPA. ^_^

      Delete
  24. assalamualaikum akak..xtau valid ke x lg nk komen kt sini..hee..cuma nak tanya,n hopefully got d answer nnt..:)
    saya lepasan dip medical science,supposed to be sambung medic..but tetiba rse mcm susah je nk smbung medic tu..n tgh consider nk smbung biomed..minat mnjurus pd kerjaya doktor tp bila teliti balik rse mcm biomed pun best jugak..kalau lepasan degree biomed sllunya if apply keje under government akn jd researcher ke..still keliru dgn krjaya lepasan degree biomed..hope blh bg pncerahan ckit..tenkyu kak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam yanie.. in shaa Allah, akak akan update blog ni selagi hayat dikandung badan.. ^_~ Medic n biomedic... Medic ni berkerja dengan manusia... Kena tahan dengan ragam manusia. Biomedic bekerja dengan lab animal, cell2, machine dll.. Kebiasaannya kalau apply bawah gov, peluang biomed sebagai science officer (biomedical) di hospital... Banyak lagi tempat lain kalau nak jadi scientist and researcher contahnya di MAKNA, CARIF, IMR, MARDI dan lain2.. Wallahu a'lam

      Delete
    2. Dengar khabarnya, science officer(S.O) di hospital gov hanya utk lab blood bank, haematology, cytology and histopatology.... microbiology and biochem lab sahaja dikhususkan untuk pelajar degree dlm bidang tersebut... Dan S.O di hospital swasta lebih mencabar tugasnya berbanding di gov... ^_^

      Delete
  25. assalam..kak, sya budak ASPER..nk tanya, kalau syarat utk grad muet at least band brpa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Athika.. syarat MUET utk biomed ialah band 3. Tetapi band 2 juga diterima jika pointer melepasi syarat yang ditetapkan. Pelajar band 2 ini haruslah mengikuti kelas English yang disediakan upm dan wajib lulus subjek tersebut semasa di dalam semester. ^_~

      Delete
  26. Busy tak life student biomed ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak kategorikan life student biomed ni.. kurang busy daripada student medic... tp busy sikit berbanding pelajar sains kesihatan... Wallahu a'lam ^_^

      Delete
  27. Asslmlkm. sy drp assi sn palam. pointer sem1 3.4 n muet band 2, agak2 akak dpt x biomedic upm ni utk dgree ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Pointer keseluruhan? Rasanya 3.5 ke atas. kalau 3.5 ke atas, muet tu boleh consider lagi walaupun band 2. Wallahu a'lam ^_^

      Delete
  28. Assalamulaikum kak.. saye tgh2 survey course rase mcm minat dgn biomed. saya ambik diploma sains sblum ni.. last cgpa 3.63 muet band 2.. cukop x requiremnet nak msuk biomed upm? :)

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum akak :) saya nk bertanya sikit ni hee. Saya skrg kat matrik tgh sem 2. Rasa nk isi kat upu course biomed tapi takut tak lepas pulak. Pointer sem 1 saya 3.61 and muet band 2 je. Kaunselor kata kalau nk grad degree kena band 3 so if dapat masuk maknya saya kena amik semula muet ke? Terima kasih kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Hanis.. Muet salah satu cara tapisan untuk masuk IPTA selain pointer. Tetapi x mustahil juga yg dapat band 2 sambung belajar biomed, kerana pointernya bagus. Hanis boleh ambil muet lagi sekali atau x perlu dengan syarat Hanis ambil kelas khas BI yg disediakan di IPTA tersebut. Akak x sure IPTA lain, tetapi UPM mengamalkan sistem ini,,, Wallahualam

      Delete
  30. Salam,kalau ambik biomedic,boleh ke nak bukak kedai sendiri slpas habis kerja dgan krajaan?mcm farmasi atau klinik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.... hanya Doktor yang boleh buka klinik dik... Farmasi pula hanya student farmasi,, Tapi mungkin ada peluang nak buka farmasi,..akak x pasti. Sebaiknya adik tanya orang yang lebih arif ya... ^_^

      Delete
  31. Salam kak. Sy pljr asper upm.. nk tnya, cmna jdual pljr biomed? Busy tak? Hehe. Dan sy msih kliru nk ambik course ni ke tak..hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... Jadual agak pack, tapi in shaa Allah Syahirah boleh bawa.. Syahirah kena faham n ketahui dulu, apa minat syahirah dan apa pekerjaan yang syahirah suka. Barulah decide subjek yang berkaitan dgn pekerjaan tersebut. Kena banyak buat kajian ya.. ^__^

      Delete
  32. Salam kak..sy plja asper gak akk dulu pointer bpe..bole msuk biomedic?..kuota dia bnyk ke sikit ?.huhu..tkot la pulak..klau rmai yg minx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Ahmad Irsyad.. Masa zaman akak, pointer dari pelajar matrik ke biomedic adlah 3.5 ke atas. Tetapi, klu x salah akak, pointer dari pelajar lepasan asasi, agak rendah sedikit..terutamanya asasi yang ingin memasuki biomedic dalam universiti yg sama. Sekarang akak x pasti kelayakan yang terbaru. Adik baca syarat kemasukan terbaru ya..

      Delete
  33. kak..ade fb x?..papee yg bole contact..??

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum kak.

    Saya pelajar lepasan spm 2013.Keputusan spm saya agak tidak memuaskan.Jadi jalan yang saya saya pilih ialah ke ipts.Setakat ini jika kerajaan,cuma tingkatan enam sahaja yang memanggil saya dalam bidang kemanusiaan.Tetapi saya sangat berminat dalam bidang sains kesihatan.

    Saya telah mendapat tawaran dari MSU dalam diploma medical lab technology.Pada masa yang sama saya mendapat tawaran dari KPJUC dalam diploma farmasi.

    Pada pendapat akak,yang mana merupakan pilihan yang baik?Adakah keputusan saya untuk ke ipts adalah satu jalan yg salah?

    Saya harap akak dapat membantu saya.Terima kasih.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Syaida Khadijah.. Maaf ya.. Akak baru baca komen ni.. Akak cuma mampu bagi pandangan, Syaida haruslah minta pandangan ramai orang dan kemudian buat keputusan..

      Pada pandangan akak, ada baiknya Syaida pilih apa yang Syaida minat. Kerana dari minat itulah Syaida boleh belajar dengan penuh kerelaan dan tak menyesal di kemudian hari.

      Mengenai IPTS, bagi akak tiada masalah. Hal ini akak da nampak semasa latihan industri di Hospital Kuala Lumpur. Pelajar IPTS lebih berdikari dan outstanding. Yang penting kita tahu bawa diri kita dan membuktikan pada orang lain, bahawa kita boleh buat yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi.

      Medical Lab Tech (boleh kerja sebagai staf MLT di lab dan boleh menyambung degree dalam bidang mikrobiology, biochem dan biomedic untuk position Science Officer (pegawai). Begitu juga dengan farmasi. Selepas diploma, boleh sambung degree untuk pegawai. Peluang pelajar diploma farmasi untuk degree lebih cerah berbanding lepasan matrik/stpm.
      Akak harap Syaida boleh buat keputusan yang terbaik... Solat sunat istikharah, minta petunjuk dari Allah... Dan yakinlah, apa yang Allah tentukan itu adalah yang terbaik buat kita. In shaa Allah. Semoga berjaya.. ^__^

      Delete
    2. Terima kasih akak atas nasihat dan semangat yang akak bagi. :) :)

      Delete
  35. Assalamualaikum. Akak saya pelajar lepasan SPM. frankly speaking, saya nak ambil bahagian perubatan tpi saya fail untuk entry requirement. Jdi sekarang ni ive been considering nak ambil biomedical laboratory technology ni, tpi dalam masa yang sama saya dpt tawaran foundation in law dekat uia. saya nak tanya course biomedical ni, kebanyakan orang kata kerja tak ada. kalau dalam bidang law pulak, saya takut ambil risiko bila berdepan dgn krisis membela orang yg salah. saya nak ambil jurusan yang kerjayanya mmg cerah bila saya graduate. jadi apa pandangan akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Afrina Athirah. This is your critical part.. Akak cadangkan Afrina banyak buat kajian tentang bidang yang bakal diceburi. Tentang pekerjaan, akak memang x nafikan, kebanyakan jurusan yang lain juga mempunyai peluang pekerjaan yang agak terhad. Kita perlulah menjadi unik. Employer tak memandang hanya kepada pencapaian akademik. Pada pandangan akak, jika Afrina sudah membuat kajian tersebut, dan yakin dengan keputusan Afrina, jadi x perlu risau tentang hal lain. Rezeki Allah ada dimana2... In shaa Allah.. ^_^

      Delete
  36. Terima kasih akak untuk sudi reply. Semoga Allah merahmati akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin.. Semoga kita semua dirahmati-Nya... ^__^

      Delete
  37. genetic ambik course nie jugak ke ? kalau genetic nanti kerja research pasal genes or mende lain pun boleh jugak ? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genetic sudah specialize dlm bidang genetic.. Biomedic cover genetic, pharmacology dan banyak lagi... Maksudnya, peluang lebih meluas untuk sambung master/phd dan peluang pekerjaan lebih meluas berbanding genetik.. Wallahu a'lam.. Nanti Fatin boleh tanya mereka yang lebih arif..

      Delete
  38. Assalamualaikum. akak i have another question. kalau saya ambil diploma biomedical laboratory technology ni di universiti swasta and bila saya nak further study in degree, boleh ke saya tukar jurusan ke sarjana perubatan di mana2 ipta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.. Maaf, itu akak tidak pasti.. ^_^

      Delete
  39. Salam akak ..boleh akak link kan akaun fb akak dekat saya..saya pelajar asasi sc pertnian ..sept intake .. Saya ingin mengetahui dgn lebih lnjut tntg ini.terima kasih akak.harap sudi membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,,,Boleh Alynn inbox akak di gmail? nanti akak berikan link di akaun gmail.. terima kasih.. ^_^

      Delete
  40. Salam...akak...sya bakal menjadi student degree dlm course clinical laboratory science di u swasta....persoalan sya...apa beza biomed ngan course yg sya amek dri segi pekerjaan....trimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... first time akak dengar course clinical laboratory sc tu... x dpt nak explain ttg kerja berkenaan dgn course tersebut.. Mungkin lebih kepada hand on... macam MLT... Biomed lebih kepada management..

      Delete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum akak, your blog seems interesting. keep it up ! i love how you explain about this course. it makes this course interesting. i do love your tone and how you answered others question very well. keep updating this blog :) thank you so much. hope you success in whatever your choices !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam tikput feezee.. ^_^ Alhamdulillah.. thank you because support my blog... I just try my best to answer all the questions... If something leaking, i hope that somebody will comment here and share their experience regarding to this discussion... may Allah make u ease.. ^_~

      Delete
  43. Replies
    1. Waalaikum salam. Starting basic salary for degree is RM1800... Gaji paling banyak? Klu dah naik pangkat tu, RM5000 sebulan pun ada... Wallahu a'lam

      Delete
  44. paling murah berape...paling banyak pun brape??

    ReplyDelete
  45. salam kak, sy dapat tawaran bac. sains hortikultur under fakuliti pertanian kat UPM, jadi, sy brcadang nk tukar kos pegi ke biomedical ni, agak2 boleh lepas x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Jika Izz Izzati melepasi syarat untuk ke biomedic, tiada masalah.... Dulu pointer kelayakan ialah 3.50.. sekarang akak kurang pasti...

      Delete
  46. assalamualaikum akak. harap sangat akak dpt jwb soalan saya ni. in sya Allah, nxt week saya sambung deg. in biomed ni. saya plan nak proceed ke master lps grad. tp saya tak phm sgt psl master in biomed ni. boleh akak terangkan tak ? kena study apa waktu master ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Sarah… Jauhnya pemikiran Sarah… Bagus. ^_^ Akak baru sambung Master ni.. Jadi x banyak pengalaman. Akak cadangkan Sarah focus dalam degree dahulu ya… Kebanyakannya, kita akan nampak field untuk Master semasa Final Year Project di degree.. Akak minat cancer, so sambung dalam medical biotechnology. Banyak lagi bidang lain yang kamu boleh pilih nanti.. Mengenai subject, dalam 9 jam kredit da kira melepasi syarat bergraduat. Subject x banyak.. Kamu focus dalam research sahaja… Sebab Biomedic akan sambung Master (with thesis/ with research).. Jangan risau, Master lebih ‘enjoy’… in shaa Allah.. ^__^

      Delete
    2. thanks akak sbb reply. lega saya baca. :) maaf nak tanya lagi, biomed ni mmg byk buat experiment ke ? and apa beza bidang kerja utk graduan deg in biomed dgn graduan master in biomed ?

      Delete
    3. Ya, biomedic ni memang banyak lab work.. sangat best, innovative and creative... ^__^ lepasan bachelor ni selalunya berpeluang menjadi science officer (SO) terutamanya di lab hospital atau mana2 lab... Persaingan pun ramai... Master n Phd pula lebih menjuruskan kita kepada sesuatu bidang dan membuka ruang untuk menjadi Research Officer (RO). SO banyak buat quality control (QC). RO kena buat research... Klu dalam sesuatu lab, SO akan dinaungi RO.. ^_^ Wallahua'lam.

      Delete
  47. assalamualaikum,,
    lepas degree biomed, boleh sambung medik ke?
    u mana yg ada n berapa tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... Boleh sambung di Perdana University dekat dengan Mardi, dekat dengan fakulti perubatan dan sains kesihatan UPM... Boleh dapat biasiswa JPA... tapi sgt stressful... Mengikut pengalaman seorang senior akak... *__*

      Delete
    2. Kena sambung 4 tahun.. Kalau x silap akak... Wallahu a'lam.. ^_^

      Delete
  48. orang kata result gempak bio medic boleh sambung medic? betul ke? saya pelajar asasi upm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sambung medic buat double degree, tapi membazir masa... 4 tahun degree bachelor + 5 tahun degree bachelor medic..... Lebih baik buat yg terbaik dalam asasi, jadi boleh terus sambung medic.. x buang masa... Wallahua'lam...

      Delete
  49. Salam kak. Mohon add sy kat fb. Byk benda nak tanya ni. Emilia Muhammad Syawal.
    Pleaseeee :(

    ReplyDelete
  50. akak biomedical engineering tu same ke dengan apa yang akak nyatakan dekat atas?

    ReplyDelete
  51. akak biomedical engineering tu same ke dengan apa yang akak nyatakan dekat atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biomedical engineering lebih kepada machine... Engineering... Mencipta/memahami sesuatu machine yg akan digunakan dlm research.. Wallahua'lam

      Delete
  52. Assalamualaikum akak,
    Saya pelajar lepasan spm dan saya mendapat tawaran utk sambung Dip.in MLT. Saya terlalu minat mendalam dalam perubatan science. Jika saya graduate diploma dan sambung degree in biomedic, adakah utk master saya diberi peluang utk sambung medic jika pointer memuaskan ataupun selepas tamat diploma saya boleh terus sambung medic kalau pointer ok? Saya terlalu inginkan doktor cuma result tidak mencapai qualification medic. Jadi saya ambil langkah ini utk ke Medic dgn belajar bersungguh sungguh. Apa pendapat akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Friends Happiness.
      1. Alhamdulillah.. MLT pun ok juga.. Nanti boleh kerja dalam lab.. Main dengan sample patient.. Huhu...
      2. Lepas ambil MLT, boleh sambung biomedic.. Kawan akk pun ada yg buat begitu..
      3. Diploma (3tahun) + degree (4 tahun) + medic-degree (5tahun)...Pada pandangan akak, adik boleh ambil bidang yang berkaitan dengan medic.... Tak semestinya menjadi Doktor.. Adik boleh menjadi Dr falsafah juga (phd). Jalan yang akak list kat atas tu, sangat x sesuai... Banyak faktor yg akan menjatuhkan semangat kamu nanti... Buat apa yang kamu minat dan mampu... Jangan paksa diri dan jangan buang masa ya... Itu sahaja pendapat akak.. Wallahua'lam...

      Delete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum kak.. saya nak tanya apa beza biomedical science dengan makmal teknologi perubatan. confused :( apa beza eh? sama ke lain? sebab saya suka buat research buat experiment duduk lab semua tu. so akak cadang macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Maaf, lambat balas. MLT dan biomed ni diperlukan dalam hospital. Akak bagi contoh dalam hospital ya. MLT (Medical Lab technologies) ni lebih kepada pengurusan sampel dalam makmal. Biomedical Science pula boleh menjadi (science officer) dan menganalisa results sebelum dihantar kepada Dr. Itulah perbezaannya dalam skop kerja.

      Delete
  55. Salam akak...
    sy ad soalan, medical sciences n biomedical science tu same ke?
    hrp akak blh jelaskn sikit pd saya coz sy dh buat my own research for medical sciences course @google but the results comes out mostly about biomedical science..
    tq in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Ini hasil carian akak.

      BACHELOR OF MEDICAL SCIENCE AND DOCTOR OF MEDICINE
      The information on this page applies to future students. Current students should refer to their faculty handbooks for course information.

      The Bachelor of Medical Science and Doctor of Medicine gives you the opportunity to study across the medical sciences before studying medicine. With a deeper understanding of the structure and function of the human body, you’ll be better prepared for any career in medicine from specialisation to research to teaching.

      The combination of science and medicine subjects offers you the opportunity to develop a strong background in the sciences, with some flexibility for you to study units from other faculties. In your first three years undertaking the Bachelor of Medical Science, you will study the basic sciences as well as clinical sciences, giving you a background in the structure and function of the human body and disease.

      The Doctor of Medicine (MD) program comprises four broad themes that run throughout the four- year curriculum. The themes cover:



      Basic and Clinical Sciences

      Patient and Doctor

      Population Medicine

      Personal and Professional Development



      The course is delivered in three ‘stages’. Stages 1 and 2 cover years one and two respectively. Stage 3 covers years three and four.

      From your first year of the Doctor of Medicine, you will have contact with patients and observe the physical aspects of disease, which continues to your final year. The medical curriculum emphasises practical delivery with much of the program using problem-based learning with contextually relevant medical issues as the foundation of the course. There is also compulsory research methods training and the completion of a research or other major project.

      After graduation, you can pursue a career in medicine that either involves general practice or specialisation in your area of interest. You might also wish to pursue a career in medical research, teaching, medical administration, medical communication or journalism. Learn more about double medicine degree options.

      Delete
  56. Salam akak...
    sy ad soalan, medical sciences n biomedical science tu same ke?
    hrp akak blh jelaskn sikit pd saya coz sy dh buat my own research for medical sciences course @google but the results comes out mostly about biomedical science..
    tq in advance..

    ReplyDelete
  57. Salam akak, saya belajar memang strength dekat sains dan saya bila belajar subjek berkaitan biologi, saya faham ape yg lecturer ajar, tapi bila jawab exam..hancuss...bukan saya seorang jee macam nii..kwn2 sy mostly pon markah subjek biologi yang slack..tak sure lah memang soalan susah ke ape..tapi ape tips akak untuk score dlm exam untuk degree in BMS..sy still in foundation kt slh satu ipts and in shaa Allah further BMS..saya harap akak dapat share macam mana gaya pembelajaran akak..kalau boleh saya mahu fb boleh? aseef akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..sorry..just call me nurul..haha..adik punye kerje :)

      Delete
    2. Waalaikum salam Nurul. Biology perlu faham teori dan kita perlu buat short notes.Ini cara akak belajar.

      1. Short note pertama;
      Akak salin semua yang penting dalam bentuk point form untuk melihat link antara subtopik. Masa ni, akak baca, faham dan tulis semula dalam satu masa yang sama.

      2. Mind map.
      Masa ni akk jadikan beberapa helaian notes kepada 1 helaian note sahaja. Akak buat mind maps dan create keywords sendiri. Kalau kreatif, boleh lukis satu gambar yang mengandungi banyak jawapan.

      sehari sebelum exam, akak hanya hafal dan bayangkan note yang kedua tadi (mind map, gambar atau keyword). Kalau kita faham, in shaa Allah senang nak explain untuk kembangkan semua mind map tadi dalam bentuk tulisan dan kefahaman kita.

      Delete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Asslamualaikum...kak, boleh tak add saya di fb cahaya syuhada

    ReplyDelete
  60. adakan bilangan ambilan pelajar biomedik sama dengan bilangan pelajar medik ,contohnya dalam 200 0rg di upm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama. Pelajar bimedic hanya separuh dari pelajar Medic. Tapi, akak tak pasti pula bagi pengambilan semester ini.

      Delete
  61. Boleh saya tanya, akak dari asasi ke apa eh? :) Boleh ke sekiranya pelajar dari asasi sains ambil course ini? Dan selain UPM ada tak Uni lain yg menawarkan course ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dari Matrikulasi (aliran sains tulen). Pelajar lepasan asasi, matrik dan form 6 (aliran sains yang mengambil subjek biology) boleh apply course ini.

      Universiti lain juga ada menawarkan jurusan ini, cuma akak tak pasti universiti mana. Akak cadangkan Puteri Nurhazeera berjumpa dengan kaunselor kerana mereka mempunyai senarai universiti serta jurusan yang ditawarkan. Senarai tersebut mungkin lebih terkini dan sesuai untuk dijadikan rujukan.

      Delete
  62. salam akak..saya ex asper 10 .lepasan assi tahun lepas . saya ditwrkn course doc.perubtn veterinar di upm. but i think i not confident to continue with this course . so. sye nk tkar course biomedic ni . sbb sya lbih prefer stdy about human than animal . akak rse ssah x untuk tkar dgn course ni? procedure dia ssah x? sya kena tggu sthun k utk tkar course ni? ke just after 1 smester dh bleh tkar? pointer sye 3.74 and muet bnd 3. bleh k msuk course ni? saya hrap akak rep solan sya . trima ksih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Ieyka ahmad boleh cuba menukar jurusan sebelum masuk kuliah. Cuba berbincang dengan pihak fakulti. Bagi pandangan akak, kalau Ieyka nak tukar dari Vet kepada Bimedic, lebih mudah. Pointer dan muet juga menepati syarat kemasukan.

      Delete
  63. Kak nak tanya bila next intake upm untuk degree?

    ReplyDelete
  64. assalamualaikum kak.
    saya nak tanya apa beza biomedical science dengan makmal teknologi perubatan. sama ke lain? sebab saya suka buat research buat experiment duduk lab semua tu. so akak cadang macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Maaf, lambat balas. MLT dan biomed ni diperlukan dalam hospital. Akak bagi contoh dalam hospital ya. MLT (Medical Lab technologies) ni lebih kepada pengurusan sampel dalam makmal. Biomedical Science pula boleh menjadi (science officer) dan menganalisa results sebelum dihantar kepada Dr. Itulah perbezaannya dalam skop kerja.

      Jika h ramli suka membuat research, akak cadangkan h ramli ambil Biomedic dan menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi untuk menjadi Research Officer.

      Delete
  65. assalamualaikum kak.
    saya nak tanya apa beza biomedical science dengan makmal teknologi perubatan. sama ke lain? sebab saya suka buat research buat experiment duduk lab semua tu. so akak cadang macam mana?

    ReplyDelete
  66. salam akk nak tnya biomed nii boleh jadi doctor tak ??? or kena smbung lgi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Biomedic dan Medic adalah berbeza. Namun demikian, Universiti Perdana (tajaan JPA) memberi peluang kepada pelajar Biomedic menjadi doktor.

      Delete
  67. salam.you dh buat latihan industri ke?

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum.saya nak tnya,kalau biomedic uia boleh sambung medic ke ? Xkesahlah medic tu nak sambung kat u mana pun.minta pencerahan .tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Boleh.. Akak cadangkan di Universiti Perdana (ada tajaan JPA).

      Delete
  69. Salam akak nak tnya apa beza biokesihatan dgn bioperubatan?

    ReplyDelete
  70. Salam akak nak tnya apa beza biokesihatan dgn bioperubatan?

    ReplyDelete
  71. Salam akak nak tnya apa beza biokesihatan dgn bioperubatan?

    ReplyDelete
  72. Salam akak, sy lepasan matrik. Pointer sy 3.56 , rase2nya blh x untuk bidang biomedic upm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Syarat kemasukan sekarang mungkin sudah berubah. Zaman akk dulu, boleh.. Zaman sekarang x pasti pula.. Wallahua'lam.

      Delete
  73. Assalam akak. Sy dapat tawaran biomed dan biochemistry dari sheffield university,uk. Bg akak mana satu yang better? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Jika Einur Syaifuza minat dalam bidang perubatan, lebih baik ambil jurusan Biomed. Jika minat dalam chemistry, boleh ambil bidang biochemistry. Dua2 ada skop yang tertentu dan ada kepentingan masing2.

      Delete
  74. Salam akak, boleh ke kalau biomedic nak change to medic ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Tak salah mencuba, tapi jangan terlalu berharap. Takut nanti kecewa. Better try than do nothing.

      Delete
  75. salam saya nak tanya apa beza degree in MLT dan degree in Biomedic? sebab saya tengok dua2 pon boleh jadi pegawai sains. and senior cakap (yg telah graduate dan bekerja di hospital kerajaan) ada certain part yg hanya degree mlt sahaja boleh buat. betulkah?

    ReplyDelete
  76. salam saya nak tanya apa beza degree in MLT dan degree in Biomedic? sebab saya tengok dua2 pon boleh jadi pegawai sains. and senior cakap (yg telah graduate dan bekerja di hospital kerajaan) ada certain part yg hanya degree mlt sahaja boleh buat. betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. MLT dan pegawai sains adalah satu isu dalam bidang skop kerja. Bagi akak, akak x minat berkerja dalam hospital. Jadi, Biomed boleh further menjadi researcher. Skop tugasan Biomed lebih luas. Bukan hanya tertumpu pada hospital. Wallahu a'lam.

      Delete
  77. salam kak. valid lgi ke nak komen. saya student matriks sem 2. sem 1 result sy tk perform sgt. saya nak struggle untuk sem 2. saya mint dn biomedic tpi apa kriteria untuk saya ada ? muet and pointer ? and kuota untuk student matriks bnyk tak?? akak, nak tnya bnyk soalan lgi. 0189738001 ws saya kak.

    ReplyDelete
  78. Assalamualaikum kak... Kalau graduate biomedic ni dpt kerja di hospital...kerja mcm doktor jugak ke, kene on call tu semua... Life biomed ni busy macam doctor x, kak??

    ReplyDelete
  79. assalam puan.kalau tak keberatan sy nak tambah rakan di facebook,sy nak tahu lebih lanjut pasal bidang ni,bila baca blog puan sy berminat ttg bidang ni,jika tidak keberatan ni email sy mohdismadihpt@gmail.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo:email untuk FB : nyiorbulu@gmail.com.tq

      Delete
    2. Salam kak.. saya tanya mcm mn nak apply buat master biomedic.. tunggu iklan dr universiti @ mcm nm?? Syarat intake adakah base pd pointer degree @ mcm mn.. tq

      Delete
  80. Assalam.
    Adakah graduan kelulusan biomedik juga dipanggil dengan gelaran doktor?

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum kak.nak bertanya.kalau saya master in biomed.Masih berpeluang ke saya untuk mennyambung medic?

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum kak...hope valid lagi komen ni... boleh tak add saya kat fb.. siti robiah siti... sbb ada banyak nk tanya ttg bidang biomed ni..thanks akk !! ^^

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya boleh? saya baca blog akak ni saya rasa berminat dengan biomed. Jadi soalan saya, kalau saya nak jadi doktor boleh ambik biomed x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada bnyk soalan nak tnya akak. ni fb saya. akak add ea?? Fb: Alia Irdina Ahmad Tarmizi

      Delete