Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
ISLAM HADARI.
Islam Hadari ialah teori yang dibawa oleh mantan perdana menteri yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Teori ini sebenarnya telah diterbitkan Tengku Abdul Rahman dalam nama lain. Prinsip Islam Hadari bertujuan untuk memenuhi kehendak syariat (maqasid syariah).Antara sepuluh prinsipnya termasuklah:
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
2. Kerajaan adil dan amanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan alam semulajadi.
10. Kekuatan pertahanan.
Saya bukanlah memandang perkara ini salah, tetapi dari suara rata-rata rakyat, ada yang kurang bersetuju.Hal ini membuatkan banyak golongan yang terkeliru terutamanya golongan bukan islam. Mereka tertanya-tanya, adakah islam ini boleh dibahagi-bahagikan dan apakah bezanya Islam Hadari dengan islam sebelum ini. Adakah ini mazhab baru bagi orang Islam?
Setelah membuat sedikit kajian bersumberkan buku berjudul Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang, kini saya semakin jelas mengapa Islam Hadari tidak diterima dari sudut politiknya.Gagasan Islam Hadari sebenarnya bersistem politik yang sekular dan tiada asas sejarah politik Islam yang mantap, makanya mereka berdepan dengan masalah teori dan seterusnya bermasalah dalam mempraktikkannya.
Gagasan ini cacat dari aspek teori (aqidah) dan praktik (syariat) dalam sistem kapitalisme (berkaitan ideologi politik demokrasi) atau sosialisme. Perdana Menteri menafikan bahawa Islam Hadari adalah mazhab atau agama baru, tetapi beliau menterjemahkan Islam Hadari sebagai ‘Islam yang bertamadun’. Kenyataan ini sebenarnya telah mewujudkan jurang di antara penganut Islam di Malaysia. Ini tidak adil sekiranya mereka yang tidak menyokong Islam Hadari pula dilabelkan sebagai ‘tidak bertamadun’.
Ibn Khaldun juga ada membawa satu teori yang dikenali sebagai teori Ta’awun.Teori tersebut mengenai dua golongan masyarakat dalam sesuatu tamadun.Golongan pertama ialah masyarakat Badwi (belum maju) dan golongan kedua ialah masyarakat Hadari(sudah maju).Konsep Islam Hadari mungkin bertujuan mewujudkan suasana Islam yang maju. Pemimpin haruslah bijak memilih mana satu yang lebih awla (utama). Mengapa kita tidak membangun bersama-sama kerana itu akan menjadikan Islam lebih kuat. Mengapa Islam di Malaysia harus dipisahkan??Perlaksanaan dan pentadbiran Negara Islam tidak perlu dipecah-pecahkan kerana Islam itu sendiri memang bersifat syumul (menyeluruh). Mengapa perlu dirumitkan Islam itu?
Suka saya ingin katakan di sini, kebanyakan prinsip Islam Hadari tidak dapat dicapai. Bercakap tanpa bukti yang sahih itu hanya mempermainkan diri sendiri, makanya saya sertakan sedikit penjelasan supaya anda sendiri boleh menilainya. Sedarkah anda index hak politik Malaysia sebenarnya berada di tahap ke-4 (tertinggi 1 dan terendah 7) berbanding Thailand (2), Filipina (2), dan Indonesia (3) dan begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Rakyat Malaysia tidak diberi hak kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.Maka, prinsip 2 dan 3 iaitu kerajaan adil dan amanah, serta rakyat berjiwa merdeka tidak dapat dicapai. Hal ini telah menyebabkan Malaysia berada dikedudukan yang kedua terburuk (di kedudukan 81 daripada 82 buah negara dengan index demokrasi sebanyak 5.98). Kecacatan demokrasi Malaysia diukur dari perspektif hak politik dan kebebasan awam.
Islam Hadari sememangnya berbeza dengan prinsip Membangun Bersama Islam yang di bawa oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang lebih bersifat syumul dan tidak lari dari syariat Islam. Banyak lagi yang perlu dibincangkan mengenai kecacatan dan kelemahan Islam Hadari, namun saya hanya mampu memberi sedikit contoh. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini adalah kebenaran mengenai Islam Hadari. Jika kita lihat, Islam Hadari ibarat satu hembusan angin yang dulunya semua orang mengagung-agungkannya tetapi sekarang hanya tinggal kenangan dan juga yang kedengaran hanyalah suara-suara kecil sahaja.
ISLAM WASATIYYAH
Islam sederhana diperkenalkan oleh Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Konsep ini semakin popular sehingga diperkenalkan dengan istilah Arab iaitu Wasatiyyah yang bertepatan dengan konsep 1- Malaysia.
Al-Quran juga menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan atau sederhana (Ummatan Wasatan).Allah berfirman:
‘Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, ( pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah.Dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu….’
Al-Baqarah:143
*umat pertengahan: umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik dunia mahupun akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.
Sarjana mendefinasikan umat pertengahan sebagai:
1. Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya.
2. Umat yang adil dan tetap dalam keadilannya.
3. Umat yang diperhatikan orang lain sebagai contoh kerana keunikannya.
4. Umat yang mengamalkan sikap sederhana dari setiap segi.
Mereka menyalah tafsir mengenai ayat tersebut sehinggakan mahu bersederhana dalam menjana pendapatan dan hiburan sehingga mencadangkan dirancakkan penubuhan hab hiburan maksiat bagi memperhebatkan perkembangan ekonomi negara dan pernah tidak lama dulu disyorkan pertaruhan (judi) bola sepak dalam Negara.Adakah ini namanya bersederhana? Sehinggakan isteri pemimpin juga berani menjadi peneraju Islamic Festival Fashion (IFF) di pentas antarabangsa yang kononnya didakwa busana islamik walhal pakaian tersebut tidak menutup aurat dan terdapat nama Nabi Muhammad di bahagian dada salah seorang peragawati pakaian tersebut. Dimanakah hilangnya maruah mereka sebagai umat islam? Mereka hanya menjatuhkan maruah Islam. Adakah ini yang dikatakan bersederhana?
Pelik,,,, kerana yang salah inilah yang disokong oleh ramai orang.Kenapa? Kerana NAFSU!!
‘Dan ketahuilah bahawa ditengah-tengah kamu ada Rasulullah.Kalau dia menuruti (kemauan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan….’Al-Hujurat:7
*kemauan itulah NAFSU.Ingatlah, bahawa nafsu adalah salah satu antara 5 musuh orang Islam.
Mereka haruslah membuka mata hati bukannya setakat membuka mata kepala.Kenapa harus diambil Islam itu secara juzuk (sebahagian)? Tidak cukup cantikkah Islam itu? Tidak cukup sempurnakah Islam itu? Tidak cukupkah lagi teladan Rasulullah itu? Hebat sangatkah anda yang hanya mempunyai 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki? Bagaimana jika esok Allah tarik semua nikmat itu dan semuanya menjadi satu?Islam hanya dengan keturunan sahajakah anda? Bangkitlah!!!….
Mengapa Islam itu tidak diambil secara penuh? Adakah kerana tidak sempat membaca Al-Quran sehingga habis atau tidak perasan dengan firman Allah yang lain?
‘….Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain) Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian diantara kamu selain kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat, mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.’Al-Baqarah:85
Maka terbuktilah 3 generasi yang dibawa oleh Ibn Khaldun iaitu generasi pertama; mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi, semangat assabiyah, bersemangat dalam membela negara.Generasi pertengahan: mereka yang menimba ilmu, memajukan masyarakat dan negara. Dan generasi sekarang adalah generasi yang semakin tidak bertamadun. Penuh dengan gejala sosial, tiada semangat juang, tidak menyanyangi diri sendiri kerana mereka tertipu dengan kemewahan dunia. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
‘Menggenggam agama kini diibaratkan menggenggam bara api.’Riwayat Tirmizi. Dan dikuatkan lagi, maka benarlah di akhir zaman ini, umat islam umpama buih-buih di lautan.Mereka tersangatlah ramai, tetapi langsung tidak bermanfaat bagi islam.
Ini bukanlah kutukan semata-mata dan menyalahkan kerajaan, namun ini adalah apa yang saya dan masyarakat lain rasakan. Pelajar terutamanya selalu dikecam hebat apabila terlibat dengan politik. Namun, tujuan penulisan saya ini bukanlah untuk menghasut, tetapi untuk menyedarkan sesetengah orang yang masih lena tertidur. Saya tidak mahu rakyat Malaysia akan melatah dan tersentak dari tidur apabila negara ini sewenang-wenangnya dirampas oleh orang yang tidak sepatutnya.Bangkitlah,,,,,,
Wallahualam bissowab~
SUMBER:
1. Tafsir Al-Quran Mukarim.
2. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
3. Wan Abd Rahman Wan Abd Latif, Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang.
4. 22-25 November 2010, f11, Surat Khabar Harakah.
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_Hadhari
*Sumber kajian adalah terhad, sebarang kekurangan atau kesalahan amat dikesali dan saya memerlukan teguran.Syukran jazilan~
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
No comments:
Post a Comment