TITLE : Selamat bermujahadah lillahi Taala…
OBJECTIVE :
i. Mencapai mardhotillah di dalam hidup di dunia dan akhirat.
ii. Membawa diri seterusnya menunjukkan teladan yang baik kepada orang di sekeliling.
iii. Dakwah sambil menuntut ilmu.
MATERIALS : Seketul hati beserta niat ikhlas kerana Allah SWT.
APPARATUS :
I. Al-Quran mukarim.
II. Sepasang telekung.
III. Sehelai sejadah.
INFERENCE : Usaha bersama istiqamah pasti akan membuahkan kecintaan kita terhadap
Pencipta Sekalian Alam.
PROCEDURE :
1. Niatkan di dalam hati. Ikhlaskan diri lillahi taala.
2. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW, beserta keluarganya, dan sahabatnya.
4. Solat wajib + sunat.
5. Mengaji Al-Quran sambil mengabstrak maksud yang disampaikan di dalam Al-Quran.
6. Menjaga ikhtilat apabila bergerak kerja. Jaga mata, bicara dan hati.
7. Mencintai sesuatu di dunia kerana Allah SWT.
DISCUSSION :
Setiap perkara yang kita lakukan, perlulah ada matlamat. Barulah kita lebih jelas dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai seorang muslim, mukmin, yang sejati, kita haruslah menetapkan matlamat kita yang utama iaitu Allah Azza Wa Jalla. Matlamat juga tidak menghalalkan cara. Andainya kita ingin bersedekah ikhlas kerana Allah SWT, tetapi punca wang itu pula tidak diketahui kesahihannya, maka, apalah kiranya kebaikan yang kita lakukan itu akan dipandang Allah SWT?
Hidup di bumi Ya Rabb ini hanyalah seketika cuma. Semua nikmat ini hanyalah pinjaman yang diberi Allah SWT buat hamba-hambaNya yang terkadang ingkar dan tidak akur dengan ketentuanNya. Hinanya diri kita ini. Segala nikmat Allah SWT terkadang kita tersalah guna. Lagi-lagi, tiada ucapan Alhamdulillah buat Allah SWT. Kita lebih senang memuji kekasih hati, kawan, tetapi sukar memuji Allah SWT. Dimanakah sebenarnya kita letakkan Allah SWT itu?
Itu baru Pencipta, dimana pula kita letak taraf kekasihNya? Nabi Muhammad SAW . Allah juga terkadang kita terlepa. Astaghfirullahal azim,,, Allah tidak pernah terlepa dari memerhatikan kita, tetapi diri kita ini sering hanyut, larut dalam nafsu. Kita hanya mementingkan diri. Acap kali menuding jari. Hanya tahu mempersoal, menghina, mempertikai, tetapi tidak pernah mensyukuri. Sedarlah... Termasuklah diri yang sedang berkata-kata ini. Marilah kita perbaiki. Setiap usaha kita diperhatikan Allah SWT.
CONCLUSION :
Alhamdulillah, ada kesedaran. Harap dapat istiqamah. Mari bermujahadah.
No comments:
Post a Comment